(Video) Bagai ‘Lautan Hitam’, Suasana Peserta Perhimpunan Bergerak Ke Dataran Merdeka


 Hari ini, beberapa kawasan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur berubah menjadi ‘lautan hitam’ apabila dipenuhi dengan peserta-peserta bagi sebuah perhimpunan.

Difahamkan, perhimpunan aman yang bermula pada pukul 11 pagi itu didakwa sebagai usaha segelintir individu untuk menyalurkan suara rakyat.

Turut sama kelihatan di sana adalah petugas-petugas media dan pihak polis yang mengawal keadaan semasa.

Menerjah ke laman Twitter, terdapat banyak ciapan mengenai perhimpunan tersebut dengan tanda pagar #LAWAN. Berikut di bawah adalah antara video-video dan gambar yang dikongsikan netizen ketika berada di tempat kejadian.


Catat Ulasan

0 Ulasan